Tuesday, July 20, 2010

sejarah JKR PONTIAN







Latar Belakang Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian
Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan sebuah yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengawal
segala pembinaaan yang tertakluk di bawah hak milik kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Oleh itu, segala pengurusan yang melibatkan pembangunan bangunan dan infrastruktur serta perlu diurus dan diselia oleh
JKR dari peringkat awal hingga akhir.
Jabatan kerjaraya mula ditubuhkan di negara ini pada 1872. Pejabat asal JKR Pontian terletak di bangunan Sultan Ismail.
Telah berpindah ke pejabat sekarang JKR 1869 Jln. Alsagoff pada 1995. Pejabat JKR Daerah Pontian berada di
Jalan Alsagoff, yang mempunyai keluasan sebesar 1299 m2 dan dibina oleh kontraktor
Syarikat Zainal & Din Construction Sdn. Bhd. yang menelan kos sebanyak RM 1 244 864.00. Sebelum ini,
pentadbiran JKR terletak di Pejabat Daerah Pontian; iaitu di Bangunan Sultan Ismail. Ia telah berpindah ke
bangunan baru ini pada tahun 1955. JKR Daerah Pontian adalah Jabatan yang bertanggungjawab dalam
urusan pembangunan insfrustruktur dan bertindak sebagai Perunding Teknikal Oleh Jabatan -jabatan lain .
Struktur JKR Pontian diterajui melalui beberapa unit yang mempunyai fungsi-fungsi berbeza.

No comments:

Post a Comment