Saturday, October 23, 2010

kkp

4.1 TAKRIFAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan dimana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

3.2 KESELAMATAN DI TAPAK BINA

Faktor-faktor keselamatan ditapak bina perlu dititik beratkan bagi melicinkan kerja-kerja pembinaan ditapak bina semasa atau sedang menjalankan kerja. Pekara ini telah dinyatakan dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, di mana ia menekankan aspek-aspek menjaga keselamatan pekerja dan orang awam.

Dalam perkara ini, pihak kontraktor perlumemastikan semua pekerja-pekerja mereka memastikan peraturan-peraturan kerja yang telah ditetapkan. Tindakan boleh diambil sekiranya pihak kontraktor gagal bertindak demikian. Semua pekerja di tapak bina dikehendaki mengikuti latihan dan kemahiran yang dikendalikan oleh Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebelum memulakan kerja di tapak bina.

3.3 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN, SUB-KONTRAKTOR DAN PEKERJA.

Dalam melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, terdapat beberapa kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh tiga pihak utama dalam industry pembinaan ini. Antaranya adalah :

3.3.1 Tanggungjawab majikan

i. Penyediaan dan penyelenggaraan loji dan system kerja yang teratur, praktik dan tidak mendatangkan risiko pada pekerja.

ii. Menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja dan bertanggungjawab atas segala kecelakaan yang terjadi.

iii. Menyediakan maklumat, arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pekerja.

iv. Sentiasa menyelia dan memastikan kawasan kerja berada dalam keadaan baik.

3.3.2 Tanggungjawab Sub-kontraktor

i. Menjalankan atau mengatur supaya dijalankan ujian atau pemeriksaan ke atas setiap binaan agar tidak mendatangkan risiko kepada pekerja (rekabentuk).

ii. Mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan setiap pengguna jentera (loji).

iii. Memastikan bahan-bahan yang digunakan atau dikeluarkan dalam pembinaan selamat dan tidak mempengaruhi kesihatan pekerja apabila menggunakannya (pengilang).

3.3.3 Tanggungjawab Pekerja

i. Memberi perhatian semasa menjalankan kerja untuk menjamin keselamatannya.

ii. Sentiasa berkerjasama dan berbincang dengan majikan mengenai masalah yang timbul.

iii. Mematuhi peratutan-peraturan pemakaian perlindungan diri semasa menjalankan tugas.

iv. Mematuhi peraturan dan langkah-langkah kerja yang dikeluarkan oleh pihak majikan.

3.4 RISIKO DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Pada kebiasaannya kemalangan yang berlaku dalam industri pembinaan melibatkan perkara berikut :

  1. Keruntuhan kren atau apa sahaja yang digunakan untuk mengangkat barang atau pekerja.
  2. ‘Loose Hammer’ menyebabkan berlakunya kecederaan pada pekerja yang berada di bahagian bawah.
  3. Benda-benda yang jatuh pada tingkat atas (batu-bata, pasir atau peralatan kerja).
  4. Kecuaian yang berpuca dari diri sendiri.

3.5 PUNCA-PUNCA BELAKU KEMALANGAN DITAPAK BINA

Pada kebiasaannya, punca-punca berlakunya kemalangan ditapak bina terbahagi kepada 2, iaitu :

  1. ‘Unsave condition’

Biasanya berkaitan dengan suasana kerja yang tidak sistematik.

  1. ‘Unsave act’

Berkaitan dengan perbuatan.

3.6 KESAN DAN AKIBAT KEMALANGAN

  1. Kecederaan pada anggota badan atau meninggal dunia.
  2. Kerosakan pada peralatan yang digunakan.
  3. Menjejaskan prestasi syarikat.

i. Operasi terpaksa ditangguhkan.

ii. Pengeluaran menurun dan pekerja lain tidak bersemangat untuk meneruskan kerja.

iii. Segala perbelanjaan pekerja yang mengalami kecederaan terpaksa ditanggung syarikat.

iv. Prestasi dan kemajuan syarikat terganggu.

v. Kos perbelanjaan syarikat meningkat.

3.7 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KEMALANGAN DI TAPAK BINA

Kemalangan dapat diatasi dengan :

  1. Pekerja memakai topi keselamatan.
  2. Pekerja hendaklah memakai tali pinggang keselamatan semasa melakukan kerja di tempat yang tinggi.
  3. Memakai pakaian yang sesuai semasa kerja.
  4. Menggunakan peralatan yang betul.
  5. Mematikan persekitaran tempat kerja berada salam keadaan bersih dari minyak, pasir dan habuk.
  6. Memsang jarring keselamatan sekiranya kawasan pembinaan berhampiran dalam kawasan awam.
  7. Memakai ‘safety boot’ ataupun kasut keselamatan.
  8. Membuat papan tanda keselamatan di luar kawasan kerja.
  9. Segala struktur hendaklah diluluskan oleh Jurutera bagi memastikan keselamatan pekerja.

10. Pastikan barang yang mudah jatuh diletakkan dikawasan yang selamat.

11. Memperkenalkan SAFETY POLICY untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

No comments:

Post a Comment