Salam kepada semua Muslimin & Muslimat,
Bila disebut mengenai bulan puasa, pasti ramai yang sudah terbayang-bayang tentang sambutan hari raya mereka walaupun kadangkala mereka ini bukannya berpuasa penuh pun (ponteng ni!)...
Bila sebut mengenai Raya pula pasti terbayang mengenai duit raya, kuih raya, lemang ketupat tak lupa meriam buluh dan sebagainya...
xlama g kita akan sambut aidilfitri..
so manfaatkanlah bulan posa ni dengan posa penuh,,,rugi xposa penuh ni..
cakap 4 diri saya,,
kepada semua yang mengenali saya ni..maklumlah perangai den ni terok,..
ada terkasar kata..ada buli orang k..ada sakitkan hati korang k..
ada membuat korang xhappy je,.membuatkan korang menyampah k..
aq ni terasa banyak wat dosa ngn korang,,
harap korang maafkan aq..
halalkan makanan aq..kalo da hutang cakaplaahh insyaALLAH aq bayar..
aq bersyukur akan pemberian ALLAH yang memberi member2 mcmm korang..
kpada ibu bapa n adik beradik aq sori ae..kalo da salah..
doa2kanlah agar kita dapat menyambut bulan posa bulan. merdeka bulan .raya dengan selamat..
time raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.)
Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
No comments:
Post a Comment