Tuesday, July 20, 2010

logo jkr




Logo JKR mencerminkan semua bidang kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada jabatan ini.
Maksud-maksud bagi objek dalam Logo JKR adalah seperti berikut :-
Garisan lekuk hitam di bahagian bawah melambangkan kerja air di samping mencerminkan
JKR sebagai sebuah organisasi yang dinamik.
Garisan tebal hitam berbentuk arca melambangkan kerja jambatan di samping menggambarkan
JKR yang pada dasarnya menjalankan semua kerja-kerja kejuruteraan.
Garisan lurus hitam di atasnya melambangkan kerja-kerja jalan yang menjadi tanggungjawab pihak
JKR untuk membina, menyelenggara dan menjaganya.
14 garisan hitam melambangkan kerja bangunan di samping mencerminkan 14 bilangan negeri
di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
Warna-warna pada Logo JKR ini muga mempunyai maksud-maksudnya yang tersendiri, iaitu :-
Kuning (ICI 456) : Melambangkan kedewasaan atau kematangan untuk mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi
yang paling lama ditubuhkan di samping menunjukkan imej yang paling matang dalam mencapai objektifnya.

Hitam (ICI 122) : Melambang kan kekukuhan atau perpaduan sebagai satu ciri di kalangan cawangan-cawangan
di dalam pengendalian projek-projek

No comments:

Post a Comment